Tanggapan Mengenai Gejolak Mesir

Tanggapan Mengenai Gejolak Mesir

Tanggapan Mengenai Gejolak Mesir

Tanggapan Mengenai Gejolak Mesir

GEJOLAK MESIR

Masyarakat mesir melakukan demo selama 18 hari dan akhirnya berhasil mendorong Presiden Muhammad Hosni Mubarak meletak jawatan pada Juma’at lalu, yang jelas bantahan yang dipanggil ‘kuasa rakyat’ atau ‘revolusi’ itu tampak bebas daripada unsur pengganasan bertopeng Islam yang digeruni Barat.
Pada mata Barat, Mesir sering dikenal pasti sebagai pusat bagi kumpulan pelampau Muslim yang menggunakan kekerasan untuk mencapai objektif politik mereka. Antara lain, di negara inilah lahir dua kumpulan utama pelampau Muslim – Jemaah Islamiyah Mesir (JIM) dan Tanzim Jihad Mesir (TJM). Kededuanya telah melancarkan kempen berdarah ke atas pemerintah Presiden Mubarak dalam dekad 1980-an sehingga akhir 1990- an.

 

Sebagian dari mereka pernah bergabung dengan Al-Qaeda

yang bertanggung jawab ke atas pelbagai insiden pengganasan antarabangsa. Sebagian besar anggota JIM kemudian merubah haluan pada 1997 – bertekad akan meninggalkan kekerasan serta menolak ideologi dan taktik pengganasan yang dijuarai AlQaeda. Sejauh ini, didapati gejolak di Mesir belum meningkatkan lagi ancaman pengganasan.

 

Terdapat beberapa petunjuk menyokong perkara ini:

1.Kebangkitan rakyat di Mesir masih terhindar daripada unsur kekerasan walaupun terdapat korban akibat pertelagahan penyokong pemerintah dengan pembangkang serta tindakan kekerasan pihak keselamatan.
2.Tidak ada bukti bahwa kumpulan pengganas berada di sebalik kebangkitan ini atau berperanan besar dalam kelangsungannya, dan
3.Dakwaan bahawa perubahan JIM hanyalah satu helah menantikan peluang kembali kepada kekerasan sama sekali tidak berasas.

MOTIVASI KEBANGKITAN

Hingga kini, gejolak Mesir tiada kaitannya dengan Islam ataupun seruan jihad. Ia lebih melibatkan soal kebebasan dan periuk nasi rakyat. Bantahan rakyat Mesir sejak 25 Januari diilhamkan oleh gejolak serupa di Tunisia – secara tidak semenamena. Tuntutan utama kebangkitan Mesir ialah slogan: ‘Turun, wahai Mubarak!’ – tanpa motivasi kumpulan pengganas. Bahkan, pertubuhan Islam paling tersusun lagi berpengaruh tetapi diharamkan, Ikhwan Muslimin (ditubuhkan pada 1928), hanya bersikap ‘tunggu dan lihat’.

Tiada sebuah pun parti pembangkang Mesir

mendakwa bertanggungjawab mencetuskan bantahan meluas itu. Sesudah bantahan meluas, barulah Ikhwan dan beberapa parti pembangkang turut lantang menyokong ‘kuasa rakyat’. Pengatur dan perancang bantahan muda-mudi Mesir sehingga kini belum dapat dikenal pasti. Setakat ini hanya Encik Wael Ghonim, 30 tahun, pekerja syarikat Internet, Google, yang telah ditahan dan didera polis atas tuduhan menyemarakkan bantahan anak muda lewat ruang siber.

Namun selepas pembebasannya, beliau diwawancara di televisyen dan berucap di Lapangan Tahrir. Kehadirannya telah mengentalkan lagi bantahan rakyat Mesir. Internet, khususnya laman Facebook, Twitter dan hubungan telefon terus digunakan secara meluas untuk mencetus dan mengekalkan bantahan ramai terutama di Lapangan Tahrir, ibu kota Kahirah dan kota-kota utama Mesir. Setakat ini korban jiwa (dilaporkan sehingga 300 orang) dan kehilangan orang dikaitkan dengan tindakan pihak polis dan provokasi kumpulan pro-Mubarak.

Sumber : https://codetorank.com/indonesia-education-system/